TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK KERTAS 1

KERTAS 1

Seperti yang calon sedia maklum, kertas ini mengandungi 40 soalan objektif. Soalannya boleh dikategorikan dua jenis, iaitu bentuk persamaan dan penyelesaian masalah.

Lapan hingga sepuluh soalan disoal dalam bentuk persamaan membabitkan nombor dan simbol matematik. Soalan jenis ini boleh dianggap mudah dan calon hanya perlu berhati-hati ketika membuat pengiraan seperti meletak nombor pada nilai tempat, meletak titik perpuluhan di tempat yang betul, mengikut peraturan pengiraan yang betul, contohnya BODMAS, membuat penukaran unit dengan tepat dan berhati-hati ketika membuat pengumpulan semula.

Dalam lingkungan 30 lagi soalan adalah jenis penyelesaian masalah yang boleh dilihat dalam dua bentuk penyoalan, iaitu ayat sepenuhnya dan sebahagian dibantu rajah, jadual, graf dan gambar.

Sebelum menjawab, calon perlu membaca soalan sekurang-kurangnya dua kali. Kenal pasti maklumat terdapat dalam soalan. Biasanya soalan penyelesaian masalah mempunyai lebih daripada satu maklumat. Gariskan maklumat penting itu.

Calon juga perlu mengecam kata kunci dalam soalan, contohnya ‘bakinya’, ‘yang tinggal’, ‘diberikan sama banyak’, ‘simpanan’, ‘untung’, ‘rugi’, ‘diskaun’ dan sebagainya.

Perkara penting calon perlu tahu ialah apakah kehendak soalan. Persoalan inilah yang perlu calon jawab. Kehendak soalan ada dalam ayat terakhir.

Setelah mengenal pasti maklumat, kata kunci dan kehendak soalan, rancang pula langkah pengiraannya.

Ayat kedua setiap soalan lazimnya merujuk kepada maklumat untuk membuat pengiraan. Perkataan sebelum atau selepas angka dikemukakan lazimnya membantu calon menentukan operasinya (tambah, tolak, darab dan bahagi).

Setelah itu tukarkan ayat pernyataan soalan ke dalam bentuk ayat matematik. Pastikan operasi betul digunakan untuk membuat pengiraan.

Perlu diingat, bagi menjawab soalan penyelesaian masalah, calon perlu lebih daripada satu operasi dan jalan kerja. Bagi soalan membabitkan sukatan, pastikan unit disamakan terlebih dulu.

Soalan jenis penyelesaian masalah juga banyak dibantu rajah, graf, jadual dan gambar yang memerlukan calon membuat penelitian kerana sebahagian maklumat ada pada rajah disertakan, manakala sebahagian maklumat lagi dalam pernyataan soalan.

Contoh;

Pak Abu has 400 durians. He gives 1/5 of the total number of durians to hos neighbours. He sells 3/4 of the remainder. What percentage of the durians is left?

Pak Abu ada 400 durian. Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya. Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu. Berapakah peratus durian yang tinggal?

A 5 B 20 C 80 D 240

Seperti disarankan, baca soalan sekurang-kurangnya dua kali dan kenal pasti maklumat dan kata kunci soalan.

Tiga maklumat utama, iaitu;

(i) Pak Abu ada 400 durian

(ii) Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya.

(iii) Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu.

 

Kata kunci ialah baki (remainder), peratus (percentage) dan yang tinggal (left). Kemudian, lihat kehendak soalan. Ayat terakhir soalan ini meminta calon mencari peratus durian yang tinggal. Langkah pertama, cari jumlah durian Pak Abu beri kepada jirannya, iaitu:

1

 

— x 400 = 80

 

5

 

Seterusnya cari jumlah durian dijual Pak Abu. Perkataan baki (remainder) adalah kata kunci yang amat penting dalam ayat ini. Pengiraan yang betul ialah:

 

3

 

— x ( 400 – 80 ) = 240

 
4
 
Langkah seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu:
 
400 – 80 – 240
 
= 80
 
Pada peringkat ini, langkah pengiraan belum lagi selesai. Jika ada calon menjawab 80 sebagai pilihan jawapan, maka ia salah. Ada satu lagi langkah pengiraan yang perlu calon lakukan Iaitu tukarkan kuantiti durian yang tinggal itu kepada peratus, iaitu;
 
80
 
—– x 100% = 20%
 
400
 
Jawapan: B (20)
 
Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon ialah ketika membuat pengiraan pada langkah kedua. Ada calon mencari bilangan durian yang dijual berdasarkan jumlah asal durian Pak Abu, iaitu:
 
3
 
— x 400 = 300
 
4
 
Seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu:
 
 
 
400 – 80 – 300
 
= 20
 
Kemudian calon menukarkannya kepada peratus iaitu:
 
20
 
—– x 100% = 5%
 
400
 
Antara kelemahan yang sering dilakukan calon ialah:
 
a) Membaca soalan dan terus mengira mengikut kefahaman sendiri.
 
b) Tidak membuat penelitian terhadap ayat terakhir dan mencari kehendak soalan.
 
c) Terlalu cepat membaca soalan hingga tertinggal maklumat.
 
d) Tidak merujuk rajah, graf, jadual dan gambar diberikan.
 
e) Terus membuat pengiraan tanpa menyemak semula.
 
f) Kurang membina ayat matematik sebelum memulakan pengiraan.
 
g) Lemah membuat tafsiran terhadap perkataan atau ayat yang digunakan.
(Sumber: http://cgudin.blogspot.com/p/soalan.html)

TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK KERTAS 2

KERTAS 2

 
Sebahagian besar calon menganggap Kertas 2 mudah berbanding Kertas 1. Pada dasarnya tanggapan itu benar tetapi perlu diingat ia banyak mempengaruhi kedudukan gred keseluruhan bagi subjek Matematik.
 
Jika kurang mahir menjawab Kertas 2, besar kemungkinan calon akan melakukan kesilapan sewaktu memberikan jawapan.
 
Ramai calon gagal mentafsir kehendak soalan terutama bagi jenis penyelesaian masalah. Malah, ada yang tidak dapat menukar masalah dikemukakan dalam soalan ke bentuk ayat matematik.
 
Contoh:


 
50 biji kek diberikan kepada Adirah dan Izzaty. Adirah mendapat 10 biji lebih daripada Izzaty. Berapakah bilangan kek yang Izzaty dapat?
 
Calon kerap menulis ayat matematik seperti berikut:
 
50 ÷ 2 – 10 =
 
Langkah menjawab: 25 25 – 10 = 15
 
——-
 
2 ) 50
 
– 4
 
—-
 
10
 
– 10
 
 
Jawapan yang diberikan adalah SALAH.
 
Langkah yang betul adalah seperti berikut:
 
( 50 – 10 ) ÷ 2 =
 
50 – 10 = 40 40
 
—- = 20
 
2
 
Maka, Adirah 30 dan Izzaty 20
 
Jawapan: 20
 
Bagi soalan bentuk persamaan atau terus pula, calon gagal menguasai konsep pengiraan sebahagiannya memerlukan beberapa langkah pengiraan sebelum memperoleh jawapan.
 
Sebagai contoh:


 
Convert 109% to a mixed number.
 
Calon kerap memilih 109% adalah
 
109 9
 
—– = 1 — (jawapan adalah salah)
 
100 10
 
Sebenarnya 9% adalah per seratus (hundredths) maka calon perlu menulis:
 
9
 
109% = 1 —–
 
100
 
Sejumlah 20 soalan dikemukakan dalam Kertas 2. Antara cirinya ialah bentuk subjektif, perlu menulis langkah pengiraan dengan jelas bagi mendapatkan jawapan. Pemarkahannya berdasarkan tiga aras, iaitu satu markah (5 soalan), dua markah (10 soalan) dan tiga markah (5 soalan).
 
Kesilapan sering dilakukan calon ialah kurang tumpuan dan tidak menunjukkan langkah pengiraan yang jelas. Perhatikan jawapan calon berdasarkan contoh soalan berikut:
 
State the digit value of 6 in the number 0.67 million.
 
Nyatakan nilai digit angka 6 dalam nombor 0.67 juta.
 
Jawapan calon:


 
60 atau Enam puluh / Sixty or 60
 
Jawapan diberi salah. Sebabnya calon kurang tumpuan tentang titik perpuluhan mewakili juta/million). Jawapan tepat ialah perpuluhan (decimal) melibatkan juta (million) perlu ada 7 digit dari kiri ke kanan, iaitu:
 
0.67 million = 0 670 000
 
600 000
 
Kesilapan lain sering dilakukan ialah menjawab dalam pecahan (fraction)
 
6
 
—- million
 
10
 
Langkah pengiraan perlu ditunjukkan dengan jelas dan tepat mengikut unit diperlukan dalam jawapan.
 
Soalan dua dan tiga markah agak mudah kerana penyoalannya tidak menggunakan ayat terlalu panjang. Banyak soalan dibantu rajah dan gambar. Ini memudahkan calon memahami kehendak soalan.
 
Bagi soalan tiga markah, hampir kesemuanya membabitkan rajah dan jadual. Untuk soalan ini, pastikan pengiraan atau maklumat awal digunakan dalam pengiraan tidak salah nilai. Kesilapan ini menyebabkan pengiraan seterusnya menjadi salah.
 
Secara keseluruhan, calon perlu memberi tumpuan terhadap soalan yang menggunakan ayat dan rajah.
 
Kesilapan kerap berlaku dikaitkan dengan kegagalan calon memahami maksud ayat terakhir atau memberikan jawapan selepas langkah pengiraan dilakukan, sedangkan jawapan sebenar setelah langkah kedua atau ketiga.

 

 (Sumber: http://cgudin.blogspot.com/p/kertas2.html)

TIP UPSR

PANDUAN MERANCANG WAKTU

1. Sediakan jadual harian

Jadual harian merupakan aspek yang penting dalam merangka aktiviti harian. tentukan segala tugas dan waktu. Kita perlu berdisiplin ketika melaksanakan jadual harian bagi memastikan keberkesanannya.

2. Tetapkan dan ingati matlamat pada setiap masa

Penetapan matlamat dapat membantu kita bertindak mengikut apa yang dicita-citakan. Matlamat dapat mengelakkan kita daripada menghabiskan masa dengan tugas dan aspirasi yang tidak ada kena mengena dengan aspirasi dan cita-cita. Matlamat juga dapat menjadikan kita lebih produktif.

3. Mengetahui apa yang hendak dilakukan pada setiap masa

Setiap saat amat berharga dan kita mesti mengetahui apakah yang hendak dilakukan pada setiap masa. Kita tidak boleh membazirkan waktu tanpa tujuan.

4. Kenal pasti masalah dan cari resolusi yang boleh menguntungkan

Kita mesti mengetahui punca masalah dan mencari jalan penyelesaiannya. Sia-sia sahaja jika anda dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang tidak membawa sebarang keuntungan.

5.Jangan menangguhkan kerja

Orang yang suka menangguhkan kerja tidak akan berjaya di dalam hidup mereka kerana kerja yang ditangguhkan tidak akan menjadi, malah ia akan menambahkan lagi bebanan kerja.

6. Membuat penilaian harian

Amalan membuat penilaian diri hendaklah dilakukan pada setiap hari, seelok-eloknya sambil berbaring atau berehat-rehat sebelum tidur. Ia merupakan amalan yang baik kerana kita akan dapat membuat penilaian diri serta memikirkan cara terbaik untuk membetulkan kesilapan, kelemahan dan kekurangan diri.


TULISAN KEMAS ‘TAWAN HATI’ PEMERIKSA

SALAH satu aspek yang penting ketika menjawab peperiksaan ialah kekemasan penulisan.
Walaupun kekemasan penulisan tidak dimasukkan sebagai markah – atau diberi markah bonus sekiranya tulisan kita cantik berbunga-bunga – tetapi tulisan yang mudah dibaca akan menggembirakan hati pemeriksa kertas jawapan.
Sebenarnya kita tidak perlu tergesa-gesa menjawab sesuatu soalan sehingga akhirnya tulisan kita sukar dibaca.
Sekiranya kita menjawab soalan subjektif pada kertas dua atau tiga, maka kebolehbacaan tulisan kita turut menjadi pertaruhan kepada pertimbangan pemeriksa kertas.
Bagi soalan-soalan yang berbentuk nyatakan, labelkan, tandakan atau senaraikan, maka kita sebenarnya tidak perlu menulis ayat-ayat yang berjela-jela.
Memadai tuliskan fakta dalam dua atau tiga patah kata.
Jangan mencuba-cuba meraih simpati pemeriksa dengan memberikan dua atau lebih pilihan jawapan dengan harapan pemeriksa akan memilih yang mana satu betul.
Pada kebiasaannya, pemeriksa akan memangkah salah pada jawapan yang tertera dua pilihan, walaupun yang satu mungkin betul, dan yang satu lagi salah.
Sebagai contoh, diberikan soalan berikut: Apakah gas yang dibebaskan semasa proses fotosintesis? Pelajar menjawab – oksigen/karbon dioksida. Maka pemeriksa akan mengira jawapan itu salah.
Jadi, tulis hanya jawapan yang tepat.
Jika anda ditanya soalan seperti huraikan atau terangkan, maka barulah jawapan anda agak panjang, sertakan sekali contoh-contoh yang perlu.
Calon biasanya akan berasa jawapan mereka tidak memadai dan cuba menulis sebanyak mungkin untuk memuaskan hati.
Inilah menjadi punca tulisan tidak kemas kerana hendak mengejar masa.
Penggubal soalan tidak pernah cuba menyusahkan anda dengan menjawab sehingga empat atau lima helai kertas.
Ada juga pelajar yang asyik meminta kertas tulis tambahan. Ini cukup menghairankan!
Kalau boleh, elakkan tulisan bersambung.
Jangan pula cuba menulis meraih simpati penulis kertas dengan menulis kata-kata tertentu seperti, “Tolonglah saya,” “berilah saya markah tinggi,” “kita sama-sama Melayu” atau sebagainya.
Ada juga pelajar yang melukis pelbagai simbol untuk menarik perhatian cikgu, melepaskan geram, untuk menunjuk-nunjuk atau sebagainya.
Kesemua ini akan menyebabkan pemeriksa berasa tawar hati untuk menyemak kertas anda.
 

(Sumber : http://cgudin.blogspot.com/p/soalan-matematik.html)